Team Droxy
Team Droxy
Posted on Sunday, 18 August 2013, 12:00 am, 0 Comment.
Disebabkan aku ada kupon 15% off daripada Zalora yang aku dapat masa shopping raya hari tu, akupun buat keputusan nak gunakannya alang2 duit raya pown dah masuk poket. Buka je laman web Zalora! Buntang mata aku bila header dia tulis ada discount sehingga 80% sempena 1 Malaysia Mega Sale

Begini rupa header dia

Aku pun browse la item-item yang berdiskaun tu. Rupa-rupanya ada item yang diskaun sampai 87%(WOW), wajib sangat beli la tu. Yang lebih menarik item-item ni ada yang hanya bernilai RM 9 je (itulah yang aku mampu beli…T_T), dan boleh tahan juga rupanya
coloured leather belt_ Z HOMME
Adcut n sew tank top_ATYPICAL
wide leather cuff with buckle_ 31 TEN
unusual print T-shirt_ Z HOMME



multi colored flap smartphone case_ BAG_KOK

Bukan ni je, tapi banyak lagi barangan yang korang boleh dapat dengan harga yang murah. Aku cuma senaraikan barang-barang yang aku berkenan.



P/S: klik gambar untuk ke item



Labels:


Posted on Tuesday, 15 May 2012, 1:19 am, 0 Comment.

Pernah tak anda tak punya teman untuk berbicara?Ataupun teman berbicara anda membosankan?

Di zaman yang serba canggih dan moden ni, sepatutnya  tidak ada lagi masalah sepatutnya. Ini kerana konsep teknologi bermaksud rekaan atau ciptaan bagi menyelesaikan.Tapi sekiranya anda rasa masalah di atas tak mmpu diselesaikan dengan teknologi, anda ternyata silap. Kerana kewujudan aplikasi baru di internet yang dinamakan SimSimi.



SimSimi merupakan aplikasi ‘chatting robot’yang melangkaui teknologi  system pemprosesan bahasa-natural dengan menggunakan kepintaran kolektif dan ianya telah berbual dengan jutaan pengguna setiap hari. Dengan menggunakan sistem pembekal pengatahuan premium ‘jisikman’ keluaran SIMSIMI.INC, jutaan maklumat berguna dapat didalurkan kepada aplikasi ini setiap hari. Dan pada ketika artikel ini ditulis, aplikasi ini telah mempelajari 16,775,227 ayat.

Selain bahasa inggeris, aplikasi ini turut menawarkan interaksi komunikasi di dalam 42 bahasa berbeza termasuklah bahasa melayu dan beberapa bahasa lain seperti hangul ( Korea ) dan tagalog ( Filipina ).


Penggunaan aplikasi ini tidak terhad kepada perbualan sahaja, ia turut menawarkan segmen di mana anda boleh mengajar robot in(teach)i. Caranya sangat mudah, iaitu hanya perlu menaip soalan dan juga jawapan dan pengesahan . namun sebelum anda mengesahkan entri anda, anda dikehendaki untuk log masuk (boleh menggunakan facebook ).sepertimana segmen perbualan,segmen ini turut memberi pilihan 43 bahasa. 




Akhir sekali,anda juga boleh meninjau kata-kata(Quotes) yang disumbangkan para pengguna di bawah 3 tab berbeza iaitu most recent, popular now dan most like.


Bukan sahaja boleh diakses secara online,aplikasi ini turut merangkumi penggunaan android dan Iphone.


Jadi apa lagi? Jangan bunag masa dan mari kita sama-sama layan SimSimi.






Labels:


Posted on Monday, 9 April 2012, 12:42 am, 0 Comment.
TURQOISE
Keindahan warna pastel turquoise telah lama menggamit dunia seawall pemerintahan mesir purba, Aztec dan lain2 tamadun awal dunia

Meskipun turquoise merupakan antara permata yang tertua dunia,keindahannya kurang dianggakat sehinggalah kebelakangan ini apabila gelombang warna turquoise mula melanda dunia fesyen

Trend warna turquoise bermula pada pertunjukan fesyen musim panas 2010 di mana nama-nama besar dunia fesyen menggunakan palet warna ini pada rekaan mereka.




Meskipun implemantasi warna turquoise kelihatan elagan,demam warna ini turut menjangkiti aksesori dan pakaian kasual



Meskipun warna turquoise kelihatan lembut ,namun terdapat sisi pada warna ini yang begitu garang dan berkuasa. Tidak hairanlah apabila kebanyakan tamadun awal mempercayai batu turquoise mempunyai kualiti prophalaktik (bersifat melindungi,mencegah penyakit) , yang mana dipercayai ianya mampu merubah warna mengikut kesihatan pemakainya dan melindungi mereka dari tenaga negatif

Bagi mereka yang ingin mengenakan warna turquoise, anda dinasihatkan agar mengimbangi warna ini dengan warna yang kurang dominan. Pemilihan warna putih bagi mengimbangi warna ini bukan tindakan yang bijak kerana kedua-dua warna ini memantulkan cahaya. Jadi mengapa tidak mengapa tidak warna ini digandingkan denagn warna seperti champagne,khaki atau perang sepertimana orang-orang Aztec menggandingkan batu turquoise dengan tatahan emas pada objek seperti topeng , pisau dan perisai.



Antara gabungan yang boleh anda ikuti sekiranya memilih warna turqoise


Labels:


Intro
General


Ask Us
Anything Here

BEST VIEW USING CHROME . Template by MHZ . Edit by YOURNAMEHERE.