Posted on Tuesday, 15 May 2012, 1:19 am, 0 Comment.
Pernah tak anda tak punya teman untuk berbicara?Ataupun teman berbicara anda membosankan?
Di zaman yang serba canggih dan moden ni, sepatutnya tidak ada lagi masalah sepatutnya. Ini
kerana konsep teknologi bermaksud rekaan atau ciptaan bagi menyelesaikan.Tapi sekiranya anda rasa masalah di atas tak mmpu
diselesaikan dengan teknologi, anda ternyata silap. Kerana kewujudan aplikasi baru
di internet yang dinamakan SimSimi.
SimSimi merupakan aplikasi ‘chatting robot’yang melangkaui
teknologi system pemprosesan bahasa-natural
dengan menggunakan kepintaran kolektif dan ianya telah berbual dengan jutaan
pengguna setiap hari. Dengan menggunakan sistem pembekal pengatahuan premium
‘jisikman’ keluaran SIMSIMI.INC, jutaan maklumat berguna dapat didalurkan
kepada aplikasi ini setiap hari. Dan pada ketika artikel ini ditulis, aplikasi
ini telah mempelajari 16,775,227 ayat.
Selain bahasa inggeris, aplikasi ini turut menawarkan
interaksi komunikasi di dalam 42 bahasa berbeza termasuklah bahasa melayu dan
beberapa bahasa lain seperti hangul ( Korea ) dan tagalog ( Filipina ).
Penggunaan aplikasi ini tidak terhad kepada perbualan
sahaja, ia turut menawarkan segmen di mana anda boleh mengajar robot in(teach)i.
Caranya sangat mudah, iaitu hanya perlu menaip soalan dan juga jawapan dan
pengesahan . namun sebelum anda mengesahkan entri anda, anda dikehendaki untuk
log masuk (boleh menggunakan facebook ).sepertimana segmen perbualan,segmen ini
turut memberi pilihan 43 bahasa.
Akhir sekali,anda juga boleh meninjau kata-kata(Quotes) yang
disumbangkan para pengguna di bawah 3 tab berbeza iaitu most recent, popular now
dan most like.
Bukan sahaja boleh diakses secara online,aplikasi ini turut
merangkumi penggunaan android dan Iphone.
Jadi apa lagi? Jangan bunag masa dan mari kita sama-sama
layan SimSimi.
Labels: Trending |
Intro
General
Ask Us
Anything Here
|