Posted on Wednesday, 18 May 2011, 12:09 am, 0 Comment.
Hantu Inggeris @ Hantu AmerikaHantu dari filem keluaran Amerika adalah dari hantu mangsa bunuh,penjahat,roh sesat yang ingin menuntut bela.Hantu mat saleh ni boleh membunuh manusia dan siap bermandikan darah lagi.Mangsa kebanyakkan budak sekolah yang camping di hutan,pemburu yang sesat dan sebagainya.Hantu diaorang ni cuma boleh membunuh manusia dari golongan bawahan dan pertengahan saja.Golongan atasan diaorang tak bunuh sebab golongan in lebih hantu dari mereka.Dan tentu hantu mat saleh mempunyai tanduk dan kuasa jahat special effect. Hantu Jepun/ Korea Hantu Jepun berambut panjang dan setakat ni cuma hantu betina je yang popular.Tak tahu kenapa,yang tu korang kena tanya pengarah dan penerbit.Yang best hantu betina ni boleh keluar dari TV,sebab tu hantu ni pandai merangkak jer.Apela hantu Jepun nih!!!Hantu Jepun tugasnya membunuh orang yang tak bersalah.Contohnya:dia dibunuh momo-san,tapi hantui ni gi bunuh nobita-san lak.Mungkin sebab encik momo-san dah mati jadi hantu ni terdesak dan dia gi ler bunuh nobita-san.Janji nampak kejam & tragis. Hantu Indonesia Hantu dari seberang nih lagila buruk perangai dia,suka sangat rasuk orang,bunuh dan banyak puak hantu.Ada hantu api,hantu budak,hantu perempuan bunting ,dewa dan paling glamer hantu Mak Lampir.Jahatnya nak membalas dendam juga! Hantu Malaysia Hah..kalau nak tengok hantu paling cantik dalam filem,hantu Melayula jawapannya.Kalau hantu dari negara lain buruk dan comot pakainnya,tapi hantu Malaysia ni cantik,kemas dan bermekap lak tu.Gincunya mungkin ditaja oleh Maybeline..dan hanya wujud dalam mimpi pasal takut bercanggah dengan akidah penonton. Credit disini! p/s: Entry yang aku letak cuma copy+paste je. Gambar je aku letak sendiri. saje je buat besar-besar. Tengah malas ni ==' |
Intro
General
Ask Us
Anything Here
|