Team Droxy
Team Droxy
Posted on Monday, 9 May 2011, 11:34 pm, 0 Comment.
Entry ini credit to GOOF SPOT

1. Pertama, semasa raja Phra Ong Mahawangsa (Sultan Muzafar Shah) melintasi tepi meja, dapat diagak jarak antara Quran yang terbuka dan meja tulis amatlah jauh kerana raja mampu masuk melalui di antaranya. Namun, tukar syot saja, Quran itu berada dekat dengan meja secara tiba tiba.


2. Malah pada babak yang sama, semasa Phra Ong Mahawangsa (Sultan Muzafar Shah) duduk, syot awal sudah menunjukkan beliau menarik sekeping kertas di hadapan meja dan bersedia untuk menulis (dalam movie lagi jelas). Namun, semasa ditunjukkan syot Quran yang kedudukannya dekat dengan meja itu, kertas yang ditarik tadi tiada. Malah, rupanya beliau baru saja nak tarik kertas itu, sekali lagi!


3. Lima pengiring putera Inggeris pada awalnya berada dalam dua barisan yang amat rapat. Namun, syot seterusnya menunjukkan pengiring putera Inggeris berada jauh antara satu sama lain, jarak dua barisan juga telah berubah menjadi sangat jauh jaraknya sehinggakan asap menenggelamkan barisan kedua.


4. Jelas adegan pertarungan di Goa ini mengambil masa yang amat lama untuk disiapkan. Lihat saja, awalnya semasa mula bertarung bayangan memanjang (menunjukkan shooting dijalankan pada waktu awal pagi atau lewat petang). Tetapi, dalam sesetengah syot, dapat dilihat bayang berada di bawah karakter (gambar bawah), menunjukkan setengah adegan aksi babak ini disyot pada waktu tengahari.


5. Sewaktu Merong lempar lawan di pasar Goa, yang menyebabkan dia berubah dari pakai baju ke tak pakai, dapat dilihat satu syot yang menunjukkan Merong tidak bergari di sebelah tangan kanannya. Syot seterusnya menunjukkan tangan Merong kembali bergari semula.


6. Antara yang jelas kontinuiti tidak sekata adalah semasa adegan Merong mahu buat sepak pusing (sewaktu lawannya lawan pakai pedang). Sewaktu Merong sepak, bayangnya berada di bawah badannya sendiri, tetapi sewaktu tendangannya kena lawannya, bayangnya berada di sebelah kiri badannya, sebelum syot seterusnya (Merong tendang pasir ke arah lawan) kembali menunjukkan bayangnya berada di bawah badannya semula.


7. Semasa Lycius memperkenalkan diri kepada Merong, kain yang berada di belakangnya (gambar atas) tiba tiba menutup dadanya semasa Lycius memperkenalkan diri. Kain itu kemudian berada di belakang Lycius semula secara tiba tiba semasa Lycius bertanya pasal keputusan Merong dan offer yang diberinya. Kain kemudian, sekali lagi menutupi bahagian kanan Lycius secara tiba tiba semasa mereka berjalan ke pelabuhan.


8. Semasa pertarungan Marcus dan Merong dalam kapal, kapal Merong nampak semak. Ada beberapa kain (maybe kain layar) berada di tepi kapal yang berjuntaian ke luar kapal. Namun, syot atas menunjukkan kapal tersebut begitu suci bersih. Kain yang berjuntai di tepi kapal tidak kelihatan di mana mana sudut kapal.


9. Malah, tali yang berserabut tidak disusun di tepi kapal, tidak kelihatan pada syot dari atas udara.


10. Juga, kain yang berada di tepi hadapan kapal (gambar atas) semasa adegan akhir babak ini, hilang dalam syot yang diambil dari udara. Kain yang berada di hadapan kapal kelihatan berada di bahagian tepi tengah kapal, berhampiran pondok makanan Merong dalam syot udara penghabisan babak ini.


11. Tali hitam di kepala Admiral Liu Yun berubah kedudukan ke belakang kepala secara tiba tiba semasa berdialog dengan Merong. Tali tersebut kemudiannya, dilihat kejap di hadapan bahu kanan (gambar tengah) dan kejap di belakang kembali (gambar bawah) sehingga habis babak.


12. Di sebelah menara yang dinaiki Merong dan Admiral Liu Yun, ada bendera (gambar atas). Dalam satu syot, bendera itu dikesan berubah kedudukan, jauh sangat kedudukannya dari menara (gambar tengah). Bendera kembali berada di sebelah Admiral Liu Yun dalam syot seterusnya.


13. Malah, dalam adegan yang sama, bendera merah segi tiga yang berada di sebelah kiri Admiral Liu Yin berubah menjadi bendera berbentuk segiempat. Teori dan satu tanda tanya, adakah kesilapan ini terjadi disebabkan syot ini dilakukan dalam dua menara berbeza?


14. Dalam satu adegan pertempuran, sewaktu Merong berkata ‘this is not fair… I said one at a time’. Perhatikan tripod di belakang yang ada terlekat panah. Panah itu hilang dalam syot dekat dan ada kembali dalam syot jauh. Kejap ada kejap takde!


15. Selepas itu, Admiral Liu Yin bagi pedang kepada Merong. Merong tikam seorang tentera dan bergaduh di tempat yang sama (gambar bawah). Sedar atau tidak waktunya sudah berbeza, ada bayang yang muncul tiba tiba di satu sudut kemah dalam gambar bawah yang pada awal tadi (gambar atas) tiada. Teorinya, babak awal mungkin diambil pada sebelah pagi (bayang menghala ke kiri, perhatikan bayang Merong), dan babak selepas Admiral Liu Yun bagi pedang mungkin diambil pada sebelah petang (bayang sudah menghala ke kanan frame)


16. Malah, dalam adegan yang sama juga, tripod di belakang sudah jadi tripod lain (sedangkan Merong berlawan di tempat yang sama selepas Admiral Liu Yun bagi pedang). Mangkuk hitam (mungkin) atas tripod juga sudah hilang.


17. Sewaktu tentera Geruda tumbangkan menara yang dinaiki Merong, nampak sangat segerombolan tentera sudah berkelompok dan bersedia untuk menyambut Merong jatuh (gambar bawah) walaupun mungkin babak Merong hempap tentera itu bukan jatuhan menara sebenar tapi kita nampak jelas kontinuitinya rosak kerana sewaktu menara itu tumbang, semua tentera dilihat lari betempiaran dan tak ada satu pun yang menunggu (dalam kumpulan pulak tu!)


18. Rambut Taji yang hanya tersembol sedikit saja dari lilitan kepala yang menampakkan ikatan kepala di sebelah kanan kepalanya (gambar atas) pada awalnya. Namun, syot lain menunjukkan rambutnya menutupi keseluruhan bahagian kanan kepalanya (gambar bawah). Bila rambut tu keluar dari ikatan, entahlah!


19. Kain di belakang Admiral Liu Yun tidak menutupi bahunya. Namun, dalam beberapa syot berlainan, kain di belakangnya dilihat menutupi bahu dan lengannya.


20. Salah satu kotak atas kapal yang membawa pakaian Puteri Cina ada tanda syarikat. I wonder what kind of company yang wujud semasa zaman Merong Mahawangsa. Di kotak tu ada perkataan HMM? Adakah kotak ini sebenarnya kotak barang props filem ini? Tapi, don’t worry. Kotak tu dah ditutup dengan kain dalam syot seterusnya. Malah, kotak hijau yang pada awal tadi, tidak kemas sudah menjadi kemas.


21. Sewaktu Kemawas berjalan (babak sebelum tangkainya ditarik), bahagian lekuk rantai azimatnya menghala ke kanan badannya (gambar atas). Bila Kemawas berhenti berjalan, lekuk rantai azimatnya menghala ke arah kiri badannya (gambar bawah)


22. Rambut yang terjurai di ikatan kepala Merong pada awal babak (gambar atas) sebelum bertempur ini, hilang tiba tiba (gambar tengah) dan muncul kembali dalam syot seterusnya (gambar bawah).


23. Sewaktu Taji menutup hari yang cerah, syot atas kapal menunjukkan semua anak kapal Jentayu berada di belakang kapal Jentayu. Namun, syot seterusnya menunjukkan ada kapal kecil berada di hadapan Jentayu.


24. Sewaktu Kemawas naik meninjau, ada satu syot full binaan CGI (gambar bawah) ditunjukkan sekejap saja tak sampai satu saat. Memang marvelous sebab sesiapa pun tak tahu yang itu adalah Kemawas CGI. Tapi macammana aku tahu itu CGI? Dalam versi Kemawas CGI, diorang lupa letak detail perisai bahunya yang complex menjadikan perisai bahu Kemawas CGI licin macam cangkerang. Perhatikan perisai Kemawas sebenar di gambar atas dan perisai Kemawas di gambar bawah. Beza kan kan?


25. Sewaktu Princess Meng Li mencari Ying Ying, rambutnya terjurai ke hadapan bahu. Tetapi, sewaktu dia terkejut melihat Marcus, rambut yang terjurai di sebelah kanan bahunya hilang tiba tiba.


26. Sewaktu adegan Kemawas lawan Marcus dan Merong di babak akhir, sebenarnya Kemawas menggunakan stunt-double. Mungkin tak ramai yang perasan sebab stunt-double Kemawas nampak tangkas daripada Khir Rahman. Tapi, ini adalah wajah stunt double Kemawas yang dapat dicapture (gambar bawah). Nampak sasa sedikit dari Kemawas asal kan?

27. Kedudukan hulu keris sewaktu keris tersebut terbenam ke tanah berubah secara tiba tiba. Malah, sedar atau tidak, kedudukan keris yang terpacak akhirnya dilihat terbaring di atas pasir secara tiba tiba.



28. Luka di muka Merong muncul tiba tiba selepas ditumbuk Kemawas di perut. Malah, rambut di ikatan kepala Merong juga berubah kedudukan.


29. Merong lompat ambil keris dan mendarat di belakang Kemawas sambil badannya membelakangi Kemawas. Namun, tukar saja syot, Merong sudah memandang Kemawas dan bersedia untuk menikam.


30. Taji tikam Merong sehingga hulunya mencecah perut (gambar atas). Namun, sewaktu Taji menjadikan Merong sebagai tahanannya, keris tersebut tidak dalam tikamannya (gambar bawah) seperti mana awal tadi
.




p/s:Aku tak perasan pun semua ni masa tengok cerita tu. Yang aku tahu best!  :D

Intro
General


Ask Us
Anything Here

BEST VIEW USING CHROME . Template by MHZ . Edit by YOURNAMEHERE.