Posted on Monday, 12 August 2013, 10:21 pm, 0 Comment.
Selain bayar zakat dan sembahyang sunat Aidilfitri, ada satu
perkara wajib yang tak boleh ditinggalkan sempena hari raya (bagi aku la),
iaitu “shopping.” Meskipun tak disyariatkan, tapi hari-hari raya lebih meriah
dengan baju dan pakaian baru. Tak la pula aku rasa ianya suatu perbuatan yang
membazir kerana setahun cuma sekali (again, bagi aku la)
Lain dengan tahun-tahun sebelum ni, tahun ni aku buat keputusan untuk shopping online je.
kenapa? Kerana di waktu bulan puasa yang kita bertarung dengan lapar dan dahaga
serta cuaca yang panas, aku juga bergelumang dengan perasaan malas. Lagipun
shopping online bagi aku peluang untuk beli produk yang kebiasaannya tak dijual
di pasaran.
Jadi, daripada 50 000 produk yang ditawarkan, aku beli
sepasang kasut, sehelai kemeja dan juga sepasang seluar jeans.
Macam aku tulis tadi, antara kelebihan shopping online ni
adalah dapat item yang tak jual kat pasaran. Macamlah jeans atas ni.
Bila aku Nampak jerr baju ni, terus teringat gaun mini yang
Leighton Meester pakai dalam drama Gossip Girl.
Ok, tak la sebijik.Dalam banyak-banyak brand kasut yang ada kat Zalora ni, aku mmg suka 24:01. Design kasut diorang simple dan cantik. Plus, harganya pun berpatutan.Total harga semua brang yang aku beli ni RM 267.90. tapi disebabkan aku dah download apps Zalora dari googlestore, aku layak menerima diskaun sebanyak 25%(woohoo). Bukan itu sahaja, banyak lagi kupon yang aku terima.
Senang kata, shopping online dengan Zalora ni mmg berbaloi-baloi!
P/S; Klik gambar untuk ke item
|
Intro
General
Ask Us
Anything Here
|