Team Droxy
Team Droxy
Posted on Monday, 9 April 2012, 12:44 am, 0 Comment.
Pernah tak korang minat kat satu kasut tu,tapi mungkin warna dia tak berapa lawa. Atau korang harap satu-satu kasut tu mungkin ada dalam warna atau corak yang tertentu. Tapi itu la masalahnya boleh harap jerr -,-'

Tapi tak lagi sebab sekarang CONVERSE telah mendahului rangkaian kasut yang lain,dengan kewujudan ‘customize shoe’ yang boleh korang gayakan mengikut cita rasa tersendiri.


Dengan jaminan penghantaran dari 3 ke 4 minggu, CONNVERSE menawarkan 35 jenis kasut untuk korang pilih sebagai base termasuk beberapa siri kasut ‘GLOW IN THE DARK’



Ini termasuklah kasut-kasut dari koleksi CHUCK TAYLOR,JACK PURCELL dan lain-lain kasut bola keranjang . Korang boleh memilih pelbagai warna dan juga corak yang sesuai dengan citarasa tersendiri.


Apa yang menarik adalah,setiap sisi kasut 2 boleh dipelbagaikan termasuk bahagian lining(bahagian dalam) dan eyelet



Harga bagi setiap produk adalah berbeza mengikut jenis kasut yang dipilih,unjuran harga adalah dari $40 hinggalah $90. Tapi andainya korang tak ada idea untuk buat kasut dengan gaya tersendiri korang boleh merujuk bahagian get inspired untuk check out design2 yang sedia ada,selain layan video featured artist converse dan lain-lain.



so andai kata korang minat boleh lawat laman rasmi converse. Klik pada gambar dibawah.

Labels:


Intro
General


Ask Us
Anything Here

BEST VIEW USING CHROME . Template by MHZ . Edit by YOURNAMEHERE.