Posted on Wednesday, 14 September 2011, 2:50 am, 0 .
Semua orang kata Hamster ‘pet’ yang comel..
Memang hamster COMEL pun..
Tapi macam mana nak jaga mereka ??
Ehmmm..
Jom baca tips di bawah ni:
- Pilih lah sangkar bersesuaian yang muat dengan bilangan hamster yang kita ada.
- Beri hamster makan setiap kali ia bangun dengan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran & buah-buahan mahupun makanan khas mereka. JANGAN sesekali memberi coklat atau gula-gula kepada mereka.
- Latih hamster dengan mainan yang dikhaskan atau beri mereka bola kecil.
- Sentiasa pastikan tempat hamster bersih ,mempunyai pengudaraan yang baik & elak terkena panas terik secara langsung.
- Bekalkan air bersih & tukar setiap hari supaya hamster tidak dijangkiti kuman .Sediakan juga botol yang dikahaskan untuk hamster menyedut.
- Pastikan juga hamster korang bergaul dengan hamster lain bagi mengelakkan hamster berasa bosan lalu mnggigit sangkar. Sebab tu lah kita sering lihat hamster menggigit sangkar.
- Segera membawa hamster ke pakar veterinar yang berdekatan sekiranya mendapati hamster korang menunjukkan ciri-ciri jatuh sakit.
- Dapatkan bedak yang digunakan untuk membersihkan hamster yang boleh didapati di kedai haiwan & guanakan alat untuk menangkap hamster jika korang tidak mampu untuk capai hamster yang kecil-kecil.
P/S:
Dinasihatkan sekiranya mahu membela hamster harus menjauhkannya daripada kucing tu.Jika tak habislah di‘ngap’ oleh kucing. Juga dinasihatkan agar membela hamster lebih daripada seekor