Team Droxy
Team Droxy
Posted on Wednesday, 6 July 2011, 1:53 am, 0 Comment.
They get confused when I ask, what is the difference between kicap manis and kicap masin. Haha! Ok! Im kidding!


Siapa tahu apa perbezaan antara kicap manis dan kicap masin?Kalau tak tahu kena ambil tahu, sebab kalau mak korang suruh beli kicap manis, korang beli kicap masin pulak. Mungkin ada antara korang fikir 'kicap manis rasa manis, kicap masin rasa masin'. Hahaha. Salah! Nak tahu kenapa? Baca situasi kat bawah ni.

Kat kampung.
Cucu1: Nenek, mana kicap?
Nenek: Kat dalam peti sejuk.
Lepas cucu1 habis makan, cucu2 ternampak label kicap dan terus cakap,
Cucu2: Eh! Nenek beli kicap masin?
Nenek: Ha? Kicap masin? Bukan manis ke?
Cucu2: Tak la ni masin.
Nenek: Nenek dah rabun, tak berapa nak nampak. Tulisannya kecil sangat. Lagipun ejaannya hampir serupa.
Cucu2: Woit, 'cucu1' kau makan tadi rasa apa kicap ni?
Cucu1: Manis? eh. Entah. =.='

Haa, dah baca situasi tu kita dah tahu bahawa kicap masin dan kicap manis tak de la berbeza pun. Kalau masin mesti 'cucu1' dah komplen. Mungkin kicap masin dan kicap manis diasingkan kerana nak tingkatkan penjualan. Kalau tak, banyak kicap yang tak terjual kat kilang tu.

Jadi apa perbezaan kicap tu? Jawapannya susunan ejaannya la! Hahaha. Kalau dah ada yang teka macam ni, TAHNIAH!


 TAHNIAH! Sebab korang baru je kena tipu dengan fakta kicap yang aku reka sendiri ni. 


Segala fakta yang aku tulis, dialog dan aku sendiri hanyalah palsu belaka! Entry ni hanya untuk memenuhi topik pada bulan ni yang bertajuk  'MANIS'. Aku dah boring nak cari fakta. Bulan ni kita chill je la. hhaha. Kalau nak tahu juga perbezaannya boleh la tanya chef ataupun pembuat kicap yang terdekat ye? Hahaha

So, si manis-si manis yang sedang baca entry ni, jangan lupa singgah lagi kat blog ni! Bawak la kawan-kawan singgah blog ni sekali. Nak ajak nenek baca pun tak pe sebab pembaca blog ni tak ada had umur. :D





Nurhafzhan: Aku sendiri pun tak tahu apa beza kicap manis dan kicap masin. =.='

Intro
General


Ask Us
Anything Here

BEST VIEW USING CHROME . Template by MHZ . Edit by YOURNAMEHERE.